Sunday, March 7, 2010

Adam masih fully breastfeed

Pd 5/3/2010 Adam genap 2 tahun. Alhamdulillah Adam juga fully breastfeed smp skrg. Dlm minggu lepas, ada la 2 hari aku bekalkan 1 botol (4 oz) susu segar Dutch Lady Full Cream tu utk dia. Aku bekalkan utk dia minum sebelah pagi. Aku fikir, kalau Adam reject atau tak habis, takde la rasa rugi sgt walaupun sebenarnya susu tu mahal jugak. Maksud aku rasa rugi tu tak sama mcm terbuangnya susu ummi dia yg cuma cukup² utk bekalan dia setiap hari tu. Tp masa 2 hari yg aku ada bekalkan 1 botol susu segar tu, pengasuh tu bgtau aku yg Adam ambil masa yg agak lama utk habiskan susu tu. Susu segar rasanya tawar. kalau susu ibu ni ada manis² skit. So susu ummi dia lg sedap la dr susu mahal tu...ekekeke

Since aku tgk Adam tak berapa berminat dgn susu segar dan susu aku pun masih cukup utk bekalkan pd dia setiap hari, jadi aku teruskan je la bekalkan EBM utk dia.

Susu yg aku pam 2x di opis hanya cukup² utk bekalan Adam pd keesokkan harinya je. Dh takde stok² dlm peti dh. Tu sbb kalau Adam minum tak abis, rasa sayang sgt nak buang. Tp kalau simpan pun bukan dia nak minum balik pun. Kalau dh aku depan muke dia, selang 2 minit mesti nak ummi utk nenen.

Mula² aku plan, lps Adam 2 thn, aku malas nak pam dh. Susu dh kurang jadi kalau pam ambil masa agak lama nak tggu susu byk dlm botol susu tu....ehehehe..lenguh tengkuk. Aku pakai Avent manual je. Tp alhamdulillah, pam tu mmg byk berjasa pd aku. Aku beli since sebelum aku bersalin, aku gunakan dr sehari Adam dilahirkan, masa Adam kene tahan di wad sbb kuning, masa aku kene bengkak susu (3x aku kene tau!) dan sehingga la skrg. Aku tak jadi stop pam susu lagi sbb bila aku fikirkan, sementara susu aku ada lg, baiklah aku pam dr biarkan dia kurang dgn sendirinya. Kalau aku stop pam, nnt aku kene beli susu segar/susu formula pulak utk Adam. kene keluar duit. Jadi, dr keluarkan duit, baiklah aku teruskan pam susu selagi susu tu ada. Sejak Adam 1 thn 8 bulan, susu aku dh mula sikit. Kalau sebelum tu setiap kali pam aku boleh dapat purata 9 oz, tp masa Adam 1 thn 8 bulan tu, sekali pam purata aku dapat 6 oz je. Utk pam belah ptgnya, kalau sebelum tu boleh dapat kuantiti yg sama iaitu 9 oz jugak tp skrg tidak lagi. Aku hanya dapat purata 5-6 oz je. Total sehari purata aku boleh dapat dlm 12 oz. Jadi mmg cukup² utk 3 botol yg Adam minum di rumah pengasuh tu.

Jadi, sehingga ke hari ini Adam masih lg breastfeed. Nak kata campur tu ntah la. aku pun tak pandai nak nilaikan mcm mana sbb aku cuma bg adam 2-3 kali je utk tgk respond dr Adam. itupun baru buat dlm last week. itupun utk skali feeding je iaitu sebelah pg. sbb mengikut pengasuh Adam, Adam kurang nyusu belah pagi.

Alhamdulillah aku panjat syukur pd Allah kerana telah mengurniakan aku susu yg byk & cukup utk Adam sehingga ke hari ini.

2 comments:

  1. wei ina, nape tak bagi susu formula jer kat adam? nape ko bagi susu segar? tak paham..

    ReplyDelete
  2. nak tanya soalan sama jugak.. kenapa ye

    ReplyDelete