Thursday, July 1, 2010

Mengapa susu segar, bukan susu formula?

Aku buka topik ni sbb aku baru perasan ada persoalan di entry aku sebelum ni. Sorry la coz aku mmg jarang bukak blog yg ni walaupun attach skali dgn online blog tu. Aku jarang update pun. Yg online blog tu update pun sbb atas permintaan. Kalau tak, hampir² nak ditutup ...ehehehe...sbb aku tak byk waktu di opis utk update bebenda ni. Kat umah takde internet connection lak. Online blog tu pun update time kerja. Curi masa di kala aku mengantuk yg amat sgt...ehehehehe...tu pun kejap² je. Tapi kalau ada org order, mmg aku usahakan dengan kadar segera. Tidaklah aku bertangguh. Kang takut lak org nak order dr aku.

Ok, berbalik kepada tujuan asal topik ini.

Sebenarnya, selepas anak fully breastfeeding for 2 years, terpulang kpd individu tersebut utk beri susu apa & makanan apa utk anak mereka tetapi biarlah yg berkhasiat. Kanak² selepas umur 2 thn tidak memerlukan susu sebagai makanan utama mereka seperti umur mereka di bawah 2 thn. Selepas umur 2 thn, susu cukup sekadar 1 gelas sehari ataupun digantikan dgn makanan bijirin yg lain contohnya. Selepas umur 2 thn, susu tu sebahagian dr diet mereka sahaja & bukan suatu keperluan.

Walau bagaimanapun, aku memilih utk memberi susu segar kerana kurang yakin dengan kualiti susu formula skrg di samping kandungan susu formula itu sendiri. Lebih² lagi apabila keluarnya berita pasal ramai bayi & kanak² yg mati di Cina disebabkan susu formula yg mengandungi kadar melamin yg tinggi. Harap sesiapa sahaja yg membaca entry aku ni tidak mudah melatah. Aku tahu ramai di luar sana memberi anak² mereka dgn susu formula & ia tidak terkecuali dgn abg aku sendiri serta ipar duai aku.

Untuk makluman, semua susu formula mengandungi melamin. Melamin digunakan utk daya tahan susu & meninggikan kadar protein dlm susu tersebut. Walau bagaimanapun, kadar tersebut sebenarnya telah ditetapkan bg ciri² keselamatan. Cuma kes di Cina tu mereka menyalahgunakannya. Mungkin mereka nak jangka hayat susu tersebut lebih lama lg. Tu sbb jadi mcm tu. MUNGKIN! Mungkin juga ia ada kaitan dgn keuntungan. MUNGKIN!

Walaupun begitu, seperti yg sedia maklum melamin merupakan sejenis bahan kimia. Sila cari maklumat tentang melamin & anda akan faham mengapa sy cuba mengelak utk tidak memberikan susu formula pd Adam.

Sebenarnya, topik susu ni agak sensitif bg sesetengah individu. Ye la, kalau aku ckp susu formula tak bagus, mesti ramai yg marah & benci pd aku. Bukan tidak bagus tp apa yg boleh aku cadangkan, kalau boleh elak, elaklah. Susu formula tu dh la susah nak hadam. Usus anak² kita yg bawah umur 2 thn atau 3 thn masih kecil. Kesian kat diaorg. Susu segar pula, kalau nak bg pun biarlah anak tu selepas umur 1 thn kerana ia tidak sesuai utk bayi yg berumur bawah 1 thn.

Mungkin ada yg tertanya² apa yg aku maksudkan dgn susah nak hadam sedangkan ia sejenis cecair gak apabila dibancuh. Ok, cuba anda bancuh susu formula tu & biarkan sampai dia sejuk. Anda akan dapat lihat mendakan di bhgn bawah. So mcm tu la maksud aku. Masa bancuh tu mmg la kita tak nampak sbb dia sebati dgn air. Tp sebenarnya ia tidak larut sepenuhnya pun dlm air.

Walaupun Adam dh 2 thn 4 bulan tp aku tetap bekalkan susu segar setiap hari. Aku masih bekalkan susu segar mcm aku bekalkan EBM dulu. Skrg aku bekalkan 3 botol x 4 oz susu segar. SEBAB:-

1) Biarlah Adam kekal minum susu sehingga besar kerana kalsium itu penting. Nak harapkan kalsium dr makanan lain, tak byk mana sbb Adam skrg di tahap susah nak makan. Dia lahir dgn berat 4.23kg dan berat dia skrg 12.6kg. Tak byk naik pun setiap kali check up sbb di samping susah nak mkn, dia juga terlalu aktif & lasak. (boleh rujuk dgn teacher Lissa - teacher Alimkids nya...ehehehe...kan teacher Lissa? saya segan sgt dgn teacher Lissa sbb takut menganggu tumpuan teacher Lissa & kanak² lain tapi mcm tu jugaklah Adam di rumah)

2) Memudahkan penjaganya utk menguruskan Adam terutama waktu Adam nak tido. Adam tido selalunya akan diberi susu botol. Mmg aku nak stopkan botol & ganti dgn sipper cup tp aku belum berkesempatan utk servey sipper cup yg lembut muncungnya & kalau tonggeng terbalik pun tak tumpah. So far aku bekalkan Adam air meneral dlm sipper cup tp sipper cup tu muncungnya keras. Aku taknak la bg Adam susu dlm sipper cup yg sama jenis mcm tu sbb risau effect gigi dia pulak. Takut jongang ke...ehehehehe

3) Aku tak bekalkan susu segar yg dlm kotak sbb selalunya kalau bg sekotak, byk yg diberi kpd kakinya atau pehanya minum dr mulutnya yg minum. Ini utk mengelakkan pembaziran & memenatkan penjaganya utk membersihkan Adam & tempat susu tu tumpah nnt.

Ni la antara penjelasan aku mengapa aku bg Adam susu segar & tidak susu formula.

Mmg susu segar lebih mahal dr susu formula tp mcm yg aku ckp kat atas td, susu bukan lg suatu keperluan untuk kanak² 2 thn & keatas. Jadi tidak perlu bg selalu & byk. Cukup sekadar 1 gelas sehari @ 1 kotak bersaiz 125ml tu je. Kalau kita boleh bg anak kita vitagen, air ribena yg kandungan gulanya kita tak tahu byk mana, lebih baik kiranya kita bg dia susu segar. Betul tak?

---------------------------------------------------------------------------------

Aku ni jenis yg selalu 'tertinggal keretapi'. So aku baru tahu bila umur kita dh mencecah 30thn maka daya serapan tulang kita dh berkurangan. Jadi amatlah ruginya kerana aku tidak amalkan minum susu dr kecil. Aku jenis tak suka minum susu. Adik-beradik aku yg lain sebelum g sekolah mesti nak mak aku buatkan susu tp aku....huhuhhu...tidak le..tak tertelan aku dek susu tu. Tapi skrg baru nak nyesal. Jadi sebelum umur aku 30thn dan sejak aku tahu pasal hal ni, aku telah mula minum susu Anlene yg kotak kecik yg kata 4x jumlah kalsium tu - setiap hari sekotak. Adalah lebih kurang 3-4 bulan sebelum umur aku cecah 30thn. Lg lebih kurang 10hr je lg umur aku nak ke 30thn...ehehehehe

Aku mula minum susu semula sejak aku mengandungkan Adam. Tu pun payah yg amat sgt. Beli susu Anmum yg tin kecik pun, jenuh nak abiskan. Tp abislah jugak & beberapa tin jugaklah abis sepanjang mengandungkan Adam dulu. Kemudia, lps Adam dilahirkan aku minum susu HL. Tp asal abis je, lambat nak beli lg sbb malas nak keluar semata² utk beli susu tu. Beli susu tu pun masa nak beli brg dapur lebih kurang 2 minggu sekali. So ada la gap lebih kurang 3-4 hari sebelum beli yg baru. Sampailah aku bertukar pd susu Anlene 4x kalsium tu.

Masa aku mengandungkan Adam, mmg selalu kaki aku kejang. Stokin mmg pakai walaupun masa kandungan mencecah 7 bulan setiap malam hari aku rasa panas yg amat sgt. Masa tu kat bilik aku takde air cond. Dalam panas² & pakai stokin pun kaki aku leh kejang. Aku je la yg panas sedangkan hubby aku dh berbungkus kesejukan. Tapi dia la yg selalu bangun bila kaki aku kejang...ehehehehe...tu la bukti bahawasanya badan aku tak byk kalsium. Lg la waktu pregnant, byk kalsium pegi ke baby.

Jadi, sampai di sini saja buat kali ini. Ntah bila lg la aku nak update blog ni. Nak taip pjg² ni pun mkn hari sbb dok simpan² & smbg...ehehehehe

8 comments:

  1. ;-) azrina, bab adam sangat aktif tu saya pun boleh tolong sokong.. he..he... dia mmg nampak aktif sangat... (ni mak icha, kawan adam dalam alim pgroup). Suggestion untuk sippy cup tu, saya suka pakai brand munchkin sbb gerenti tak tumpah. jumpa sabtu ni...

    ReplyDelete
  2. Hi aida ;)

    thanks for the advise. muncung dia lembut tak? so far adam ada 1 sippy cup, brand playtex mmg tak tumpah tp muncung nyer keras. adam guna utk minum air meneral dlm tu. tak dapat g sabtu ni la Aida, ada hal keluarga. I have email u.

    ReplyDelete
  3. ila pun full bf aqil till 1yr 1mth. then bila start preg, supply merudum. stok pun dah abis.

    ila pun prefer fresh milk compare to FM. hr2 pun bekalkan cam EBM. panaskan dgn warmer b4 feed.

    tp br2 nih, dia kena cirit birit teruk. dkt 2weeks. then doc suggest tkr pediasure. then we decided to continue till today.

    kdg2 pkr nak tkr blk fresh milk. tp jd trauma sejak dr kes cirit birit teruk tuh. huhu...

    ReplyDelete
  4. ila, thanks sbb sudi melawat ke blog sy & share pengalaman.

    ila selalu beli fresh milk yg kotak besar (1 liter)@ kotak kecik² (125ml) tu? kalau ila beli kotak besar, setiap kali nak bekalkan fresh milk tu, cuba rasa dulu fresh milk tu sebelum dipindahkan ke dlm botol/bekas utk dibekalkan tu. sbb fresh milk yg dh dibuka & simpan dlm peti sejuk, tempohnya sama mcm EBM yg kita simpan dlm peti sejuk.

    dulu sy pernah beli yg 1 liter punya. mula² fikir senang & jimat skit. tp kalau dh buka ia tahan 3 days je. lps tu fresh milk tu akan rasa pahit/masam.

    just my 2 cents.

    ReplyDelete
  5. azrina
    slalu hubby mmg akan rs b4 tuang msk botol. sbb start preg je ila xselera dgn susu. huhu.. tp maybe ms tuh dia dpt infection dr sentuhan & cause dia cirit. then bila minum fresh milk, jd makin worse. huhu...

    anyway, really happy bila ada org yg fhm nape kita pilih fresh milk. sbb b4 ni, jenuh gak nak explain nape. hehe..

    ReplyDelete
  6. Sis..sy br nk train anak mnm susu segar..before ni dia mnm susu FM..tu la klu susu segar ni dh bukak kena simpan peti ais..anak sy siang ddk di taska..mcm mane nk bekalkn susu tu ek..cr sisi mcm mana..satu klu travel sis still bg susu segar gak ke

    ReplyDelete
  7. Sis..sy br nk train anak mnm susu segar..before ni dia mnm susu FM..tu la klu susu segar ni dh bukak kena simpan peti ais..anak sy siang ddk di taska..mcm mane nk bekalkn susu tu ek..cr sisi mcm mana..satu klu travel sis still bg susu segar gak ke

    ReplyDelete
  8. Sis..sy br nk train anak mnm susu segar..before ni dia mnm susu FM..tu la klu susu segar ni dh bukak kena simpan peti ais..anak sy siang ddk di taska..mcm mane nk bekalkn susu tu ek..cr sisi mcm mana..satu klu travel sis still bg susu segar gak ke

    ReplyDelete