Sunday, October 10, 2010

Potty Train

Alhamdulillah, pd usia 2 thn setengah Adam telah berjaya potty train. Walaupun tidak sepenuhnya (hanya di siang hari) tp kami sangat berpuas hati.

Sebenarnya sejak usianya 23 bulan aku telah mula mengajarnya pd setiap sabtu & ahad. Sebelum mula mengajarnya, aku telah belikan dia Thomas Toilet Seat Mat bagi memudahkan Adam poo di toilet mcm org dewasa di samping memberikan dia semangat.




Kemudian aku belikan pula Training Pants yg murah² je sbb bg aku sure nak kene tukar selalu sbb sure selalu akan 'terbabas'. Murah²pun sehelai RM9 jugak....ehehehe...teringin jugak nak belikan dia yg betul² training pants yg berharga RM50-RM70 sehelai tp sbb bg aku ianya akan perlu digantikan selalu, maka aku belikan je yg murah². Dapat beli byk skit.





Itu sedikit pengenalan utk 'gadjet' bg potty train Adam.

Berbalik pd cerita potty train Adam. Pd usianya 23 bulan dulu, aku rasa yg aku tidak berjaya potty train Adam sbb pd ketika itu kami rajin berjalan setiap kali weekend. Pd masa itu Adam tidak dapat merasakan bila dia hendak kencing. Dia cuma akan memaklumkan yg dia kencing bila dia telah kencing & training pants dia telah basah. Pd masa itu juga, walaupun aku cuba bawa dia setiap 15minit tp ada ketikanya baru sahaja 5 minit, dia telah kencing lg. Tu yg menambahkan keletihan & mengurangkan semangat utk teruskanya...ehehehe. Walau bagaimanapun, aku bersyukur krn pd ketika itu hanya 2 kali sahaja kencing Adam terkena lantai. Yang lainnya tidak meleleh sampai ke lantai disebabkan oleh training pants tersebut. Lagipun setiap kali Adam kencing, kuantitinya tidak byk & selalunya training pants dia tidak basah sampai tembus. Tp pd ketika itu, Adam masih tidak dapat merasakan yg dia hendak berak @ telah berak. Jika aku terbau, barulah aku tahu yg dia telah berak...ekekeke. Pd masa yg sama jika aku letakkan dia di Thomas Toilet Seat Mat nyer, dia taknak. Dia akan merengek nak turun. Dia seolah takut duduk kat atas tu.

Pd ketika itu, mmg setiap kali dia kencing, setiap kali itulah aku tukar training pants dia sampailah habis 7 helai. Bila dh habis, aku gunakan seluar pendek dia yg dh lama². Jadi semasa pakai seluar lama tulah yg tembus & meleleh sampai ke lantai.

Walaupun baru sekali & sehari mengajarnya, aku rasa mmg letih sgt sbb dgn kerja rumah yg lain & sebagainya. Jadi, aku telah berbincang dgn hubby utk stop dulu potty train Adam sehingga dia betul² faham. Walau bagaimanapun, aku masih tidak berpuas hati sbb aku target utk Adam diaperless sebelum umurnya 3 tahun. Dan masa yg aku ada hanyalah on weekend. Jadi, setiap kali weekend bila aku rasakan aku larat utk potty train Adam, aku akan laksanakan walaupun dlm tempoh masa yg sekejap. Sekurang²nya Adam dapat faham. Dan alhamdulillah, pd usia Adam 2 thn setengah ni, Adam telah berjaya potty train walaupun hanya di siang hari.

Disebabkan training pants dia hanya beberapa helai & kalau cuci pun bukan boleh kering dlm jangka masa yg singkat sbb lapisan bawahnya tebal. Maka aku telah belikan Adam Drypers Drypants. Tujuan aku belikan drypants ni sbb aku tak larat nak lap air kencing dia yg meleleh ke lantai jika dia 'terbabas'. Sekurang²nya kalau dia 'terbabas' sekali dua, masih boleh digunakan lagi drypants tu tp alhamdulillah sepanjang pakai drypants tu mmg dia tak pernah 'terbabas' lagi walaupun semasa di rumah pengasuh.

Bermula dr selepas mandi pagi, aku akan pakaikan Adam dgn Drypants dan pesan pd dia supaya bgtau kalau nak kencing @ berak. Alhamdulillah, Adam dh mula faham & tahu utk memaklumkan bahawa dia hendak kencing atau berak. Pd usia ini juga Adam sudah tahu membezakan rasa hendak kencing & berak. Dan yg paling menakjubkan bg aku, Adam boleh menahan diri dr kecing jika kami di dlm perjalanan ke sesuatu tempat. Bila Adam hendak kencing semasa di dlm kereta, aku akan ckp pd dia, "Sekejap ye, abi cari petrol pump utk Adam kencing. Adam tahan sekejap ye? Jgn kencing dulu. Depan tu je petrol pump". Adam faham petrol pump tu apa sbb dulu di petrol pump lah tempat utk belikan dia air ribena ;)

Walaupun sebenarnya tidak bagus mengajar dia utk tahan kencing tp bg aku ianya tidak berlaku selalu dan aku akan pastikan dia kencing dahulu sebelum keluar dr rumah tp disebabkan Adam masih lg breastfeeding jadi rasa utk kencing itu tidak dapat dijangka. Adam pula tahu utk menahan diri dr kencing & kami juga akan pastikan yg petrol pump tidak jauh @ tidak lama dr jangka masa Adam memaklumkan yg dia hendak kencing.

Jika kami tidak ke mana², setiap setengah jam aku @ hubby akan bawa Adam ke toilet utk kencing & alhamdulillah mmg dia kencing. Setiap kali keluarnya air kencing , aku @ hubby akan ckp, "Ok...bagus. Pandai pun. Adam dh pandai la...good boy!". Itulah antara kata² perangsang yg kami luahkan secara spontan & ikhlas utk Adam. Dia pun nampak excited bila nampak ada air kencing yg keluar.

Tp Adam ni cepat bosan. Jangka masa setengah jam sekali utk kencing adalah terlalu cepat bg dia yg merupakan seorg budak yg aktif. Oleh kerana dia pun telah faham utk merasakan bila hendak kencing & tahu utk memaklumkannya, jadi kami tidak lagi membawa dia utk kencing setiap setengah jam tapi kami lewatkan kpd sejam @ 2 jam @ pun bila dia sendiri yg memaklumkannya.

Drypants yg dipakaikan dr pagi mmg tidak basah krn setiap kali selepas Adam kencing, aku @ hubby akan lap dgn tuala & kami pakaikan sehingga dia tidur mlm. Buat masa ni kami tidak larat bangun malam utk bawa Adam kencing di toilet...ehehehe

Di waktu tidur siang, alhamdulillah Adam tidak kencing. Siang senang skit aku nak pantau sbb jangka masa tidurnya tidaklah selama di waktu mlm. Tidur siang lebih kurang 1-2 jam. Paling lama pun 3 jam tapi jarang. Sebelum tidur siang, aku akan bawa dia kencing dahlu.

Sebenarnya aku start bersungguh potty train Adam pd 4/10/10 semasa aku hantar dia ke rumah pengasuh. Aku minta kerjasama pengasuh dia utk potty train Adam. Tp kalau di rumah pengasuhnya, pengasuhnya akan tukarkan drypants kepada drypers masa dia tido sbb sebelum tido selalunya Adam akan menyusu & akan kencing sewaktu tido. Aku pun tidak mendesak pengasuhnya utk kejutkan Adam tido sbb aku tidak mahu menyusahkan pengasuhnya. Aku cuba buat sesi potty train Adam ni secara sempoi & relex. Tiada paksaan bg setiap individu. Aku rasa cara ni lebih berkesan & tidak memenatkan.

Lps ni aku akan cuba utk diaperless terus & tgk mcm mana perkembangannya. Walau bagaimanapun maybe aku kan tetap pakaikan dia training pants bg membiasakan dia utk pakai underware dr kecil sbb mengikut kata hubby ramai budak lelaki yg tak suka pakai underware masa kecil tp dia BUKANLAH salah seorgnya...ehehehe...jadi elok kami biasakan Adam dgn underware dari kecil.

2 comments:

  1. ina, tak perasan ada blog.. =)

    adam dah fully potty training? malam tu yang mencabar tuh.. hehehe

    ReplyDelete
  2. tak fully lagi la lissa.

    lissa boleh share pengalaman lissa potty train Indah dulu tak?

    Hr tu dh consider berjaya dh utk siang hari. Berjaya la 2 hari. Lps tu, ajak ke toilet tak nak, suruh kencing pun tak nak. at the end dia kencing balik dlm training pants. dh kencing, dh basah baru bgtau, "ummi, kencing". bila bawak masuk toilet, dia tak nak keluar lak. main². aduhai...menguji kesabaran betul. tp kalau nak berak dia bgtau.

    tp sy tetap teruskan bila berkesempatan expecially on weekend.

    Indah dulu mcm mana ye?

    ReplyDelete