Sunday, March 7, 2010

Aqiqah II

Alhamdlillah, semalam (7/3/2010) aku telah melaksanakan rancangan aku utk buat aqiqah utk Adam. Adam lahir pd 5/3/2008. Pd 5/3/2010 genap umur Adam 2 tahun dan Adam juga dapat fully breastfeed sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Aku tak buat kenduri pun utk aqiqah Adam. Aku beli kambing dr member aku, aku suruh dia sembelih (actually bukan dia yg sembelih. abg ipar dia yg sembelih sbb abg ipar dia yg ada sijil dr jab agama Islam), masak siap². Aku suruh dia masak kari...yum..yum..yum..sedap...ehehe...kemudian kami pergi ambil di tempatnya di Beranang, Selangor. Kemudian aku & suami bawa ke rumah ayah aku di Rawang utk di agihkan². Sedekahkan daging yg telah siap masak lg afdhal. Itu dr apa yg aku baca di http://ibnuabbas.wordpress.com

Lega rasa kerana telah dapat melaksanakan apa yg aku rancang & seperti melaksanakan 1 tanggungjawab pula. InsyaAllah kalau ada rezeki utk adik² Adam nanti, bila usia mereka 7 hari je aku just suruh member aku sembelihkan. Duit transfer je. Sekarang kan zaman teknologi...ehehehe...

Masa Adam dulu, tak reti lagi. Dengan takde org yg nak mengelolakannya. Dulu nak beli kambing di mana pun aku tak tahu. Lps tu fikir kalau beli, sape pulak yg nak sembelih. Kalau suruh org yg jual tu sembelih, terfikir lak, sape yg nak 'mengerjakan' kambing² tu bila dh smp di rumah. sape nak masak & sebagainya. dgn aku dlm pantang lg. jadi skrg la baru dapat buat setelah menimba sedikit ilmu...ehehehe

Nanti dh dapat gambar & rajin..aku upload...ehehehe..aku ni malas nak update blog sebenarnya. Apa yg aku taip dlm ni actually adalah utk rujukan aku di masa akan dtg je.

2 comments:

  1. rasa lega kan bila 1 dari t/jawab ibu bapa dapat dilaksanakan.. aku pun tak dapat nak wat aqiqah ammar masa umur 7 hari..maklum la masa tuh ammar kena tahan wad sebab jaundis.. kami buat aqiqah ammar masa ammar umur 28hari..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. adam pun jaundis dulu. lg pun masa adam dulu, 1st time dpt anak, tak pandai nak uruskan bab² aqiqah ni lg. tak tahu kat mana org terdekat yg ada jual kambing aqiqah, sape nak masakan, mcm² la. insyaAllah, next baby nnt kalau pjg umur, murah rezeki & sihat tubuh badan, aku nak buat aqiqah ikut sunat - hari ke-7 kelahirannya.

    ReplyDelete