Thursday, June 25, 2009

Aqiqah

Aqiqah disebut dalam hadith:-

” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan)"
( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”
( Riwayat Ashabus Sunan )

"Apakah hukum aqiqah utk anak saya kalau saya buat pd hari raya haji akan dtg ni (27/11/09) dan pd ketika itu umurnya sudahpun 1 thn 8 bln?
Sy tidak buat pd hari ke 7 kelahirannya kerana saya masih berpantang dan tiada org yg hendak menguruskan aqiqah tersebut."

** ini adalah soalan yg aku ajukan pd ustaz ibnuabbas dlm laman webnya berkaitan HUKUM DAGING AQIQAH.

** dan di bawah ini adalah jawapannya:-

"SEKIRANYA tidak dpt melaksanakannya hanya kerana tiada org yg boleh menguruskannya sedangkan kewangan ada, boleh laksanakan bila2 masa sahaja sebelum ia baligh. Tetapi sekiranya kemampuan kewangan tidak ada dlm tempoh 7 hari usianya, maka gugur sunat mu'akkad. Kalau dibuat juga, jadi sembelihan biasa dan tidak dinamakan akikah. Itulah yg muktamad di sisi mazhab Syafie(rujuk al iqna', kifayatul akhyar dll). Adapun di sisi mazhab lain, sah akikah itu(rujuk fiqhus Sunnah sayed sabiq)."

Apa yg aku faham dr penjelasan di atas:-

1. Sunat mu'akkad jika dilaksanakan dlm masa 7 hari dilahirkan.
2. Jika tidak berkemampuan dr segi kewangan dlm masa 7 hari tersebut tetapi dilakukan juga maka gugur sunat mu'akkad dan sembelihan tersebut bukan lg dianggap sebagai aqiqah tetapi hanya sembelihan biasa.
3. Sekiranya tidak dapat melaksanakan dlm masa 7 hari dilahirkan, boleh dilakukan aqiqah tersebut pada bila² masa sahaja tetapi sebelum anak tersebut mencapai usia baligh.

Info lain pasal aqiqah:-
1. Daging aqiqah tersebut lebih afdhal jika dimasak terlebih dahulu.
2. Daging aqiqah tersebut lebih afdhal jika dihantar ke rumah jiran², fakir miskin, dan org kaya dr dibuat kenduri di rumah sendiri.
3. Kalau dibuat kenduri di rumah sendiri dgn menjemput org dtg, hukumnya harus.
4. Sunat 2 ekor kambing utk anak lelaki & 1 ekor kambing utk anak perempuan = afdhal. Tetapi kalau tidak mampu, cukup sekadar 1 ekor kambing utk anak lelaki.
**********************************************************
Sebenarnya aku dh confuse antara aqiqah & qurban. Maklumlah, dh lama meninggalkan alam persekolahan & tak dipraktikkan selalu pulak tu. Maksud aku tak join mana² ceramah dan sebagainya...ehehehe...so berkarat la fail² lama.

Dh alang² nak buat, aku nak la dapatkan info betul² supaya ibadah yg aku jalankan tu betul² memenuhi hukum syarak.

Aku tidak bermaksud utk menghebahkan perkara/perancangan ini tetapi ini sekadar utk rujukan aku di masa akan dtg.

Mula² aku nak salin je dlm organizer aku tp aku malas nak menulis. Pastu plan nak taip guna komputer pastu print tp aku fikir nnt hilang ntah ke mana aku letak. At the end baru aku teringat yg aku ada blog. So, why not kalau aku coretkan dlm ni utk simpanan kekal aku.

Dalam masa yg sama mungkin ada yg boleh berkongsi info ttg aqiqah ni.

InsyaAllah, aku akan cuba laksanakan sebelum umur Adam mencecah 2 thn penyusuan kerana:-

Aku ada terbaca gak yg kalau tak mampu utk laksanakan dlm masa 7 hari usianya, boleh dilakukan sebelum 60 hari abis nifas ibu berpantang, jika tidak boleh dilakukan sebelum usianya mencecah 2 thn penyusuannya, jika tidak boleh dilakukan sebelum usianya mencecah 7 thn, jika tidak boleh dilakukan sebelum ia baligh.

1 comment:

  1. bagus la ko N3 topik nie.. info untuk aku jugak.. aku dulu pun tak dapat nak buat aqiqah untuk ammar masa ammar umur 7hari.. sempat buat aqiqah masa ammar umur 28hari.. beli kambing 2 ekor, beras dan bagi duit untuk bahan masak kambing, kebetulan masjid ada buat kenduri untuk sambutan maulidur rasul, terus la bagi kat masjid..orang kampung masak-masak & makan reramai.. aku & ammar nonggok kat umah.. laki aku ngan parents jer yang join memasak kat masjid masa tuh..

    ReplyDelete